Pakej Zhangjiajie - China
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Zhangjiajie - China

China

Tour highlights

Mulakan dengan Changsha dan Fenghuang sebelum memberi tumpuan kepada Zhangjiajie.

Fenghuang memberi persinggahan awal sebelum perjalanan tertumpu pada Zhangjiajie. Pilihan untuk anda yang mahu memperuntukkan beberapa hari kepada kawasan yang sama.

Beberapa hari di Zhangjiajie membolehkan kawasan ini menjadi fokus percutian, dengan perjalanan kembali melalui Changsha.

Maklumat pakej

Tempoh7 hari · 5 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip6 Nov 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR - CHANGSHA
KUALA LUMPUR - CHANGSHA
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Changsha. Bermalam di Changsha.
2HARI 2CHANGSHA - FENGHUANG (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CHANGSHA - FENGHUANG (MP/MT/MM)
Lawatan ke Fenghuang Ancient City membawa anda ke kota kuno yang terkenal sebagai Phoenix Ancient Town, penuh dengan sejarah, seni bina tradisional, dan budaya etnik Miao serta Tujia. Di sini juga terdapat Wanshou Palace, tempat ibadat dan upacara masyarakat tempatan yang melambangkan doa untuk panjang umur dan kesejahteraan. Pengunjung boleh menikmati pengalaman unik seperti Tuojiang River rafting, sama ada berjalan-jalan di tepi sungai atau menaiki bot sambil menikmati pemandangan serta sajian ringan. Tidak ketinggalan Wanming Tower, sebuah pagoda yang dibangunkan semula hasil usaha masyarakat tempatan, menjadi simbol warisan dan semangat penduduk Fenghuang. Selain itu, kawasan seperti Shawan Scenic Area menawarkan pemandangan indah di luar East Gate City Tower, di mana pelancong boleh menyewa pakaian etnik untuk bergambar. Ancient Stone Street pula menyingkap sejarah sejak Dinasti Qing, menjadi laluan penting dalam peperangan orang Miao. Lawatan diakhiri dengan bermalam di Fenghuang.
3HARI 3FENGHUANG - ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

FENGHUANG - ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)
Lawatan ke Tianmenshan National Forest Park membawa anda ke gunung tertinggi di Zhangjiajie yang kaya dengan tumbuhan unik dan gua terkenal iaitu Tianmen Cave atau “pintu ke syurga”. Keindahan alam semula jadi serta suasana mistik di kawasan ini menjadikannya destinasi wajib dikunjungi. Untuk pengalaman yang lebih mengujakan, pengunjung boleh menaiki Tianmenshan Cable Car, kereta kabel penumpang terpanjang di dunia dengan ketinggian mencabar, memberikan panorama indah sepanjang perjalanan. Tidak ketinggalan Glass Walkway, jambatan kaca lutsinar yang membolehkan anda melihat terus ke bawah, memberikan pengalaman mendebarkan sambil menikmati pemandangan menakjubkan. Selain itu, pelancong boleh bersiar-siar di 72 Qi Tower, sebuah bangunan bercahaya dengan reka bentuk unik, sesuai
untuk bergambar dan menikmati makanan tempatan. Hari lawatan diakhiri dengan bermalam di Zhangjiajie.
4HARI 4ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)
Lawatan bermula di Tujia Scenic Park, replika perkampungan tradisional masyarakat Tujia yang menampilkan adat resam, seni bina, pertanian, seni lukis dan budaya tempatan. Tarikan utama di sini ialah persembahan tarian tradisional seperti Maogusu dan tarian istiadat yang mencerminkan warisan unik suku Tujia. Seterusnya, kunjungan ke Grand Canyon Scenic Area yang berdekatan kawasan Wulingyuan, Tapak Warisan Alam Semula Jadi Dunia. Di sini terdapat jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia, selain aktiviti menarik seperti menaiki bot, zipline, serta menikmati panorama indah di Rainbow Square. Lawatan diakhiri dengan bermalam di Zhangjiajie.
5HARI 5ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ZHANGJIAJIE (MP/MT/MM)
Pengalaman bermula dengan menaiki Bailong Elevator, lif tertinggi, terlaju dan berkapasiti terbesar di dunia. Seterusnya, kunjungan ke Maze Terrace dan Hallelujah Mountain yang terkenal sebagai inspirasi filem Avatar, menawarkan panorama tiang batu pasir kuarsa yang megah dan puncak gunung yang dramatik. Tidak ketinggalan Tianzi Mountain, kawasan penuh dengan puncak kapur unik, hutan lebat, kabut mistik serta fenomena alam indah seperti awan laut dan sinar matahari. Lawatan diteruskan ke Xihai Stone Forest, hutan batu granit yang menjulang menyerupai pepohonan, sebelum menaiki kereta api kecil melalui Ten Mile Gallery untuk melihat formasi terkenal seperti Medicine Picking Old Man dan Three Sisters Peak. Akhir sekali, pengunjung menikmati suasana damai di Zhangjiajie Forest Park dengan pemandangan indah di Jinbianxi dan Shuiraosimen. Hari lawatan diakhiri dengan bermalam di Zhangjiajie.
6HARI 6ZHANGJIAJIE - CHANGSA - KUALA LUMPUR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ZHANGJIAJIE - CHANGSA - KUALA LUMPUR (MP/MT/MM)
Lawatan di Changsha dimulakan dengan kunjungan ke Changsha Mosque, sebuah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1711 semasa Dinasti Qing oleh para pedagang Muslim dari wilayah Henan, Shanxi dan Shaanxi. Walaupun pernah musnah akibat kebakaran pada tahun 1938, masjid ini telah dibina semula dan kini menjadi masjid terbesar di Changsha. Seterusnya, pelancong berpeluang membeli-belah di National Finance Center, Huangxing Commercial Street dan Pozi Street, yang merupakan kawasan tumpuan untuk pusat beli-belah, hiburan, makanan, budaya dan pelancongan. Di sini terdapat pelbagai pilihan kedai pakaian, barangan kemas, makanan tempatan dan cenderamata sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
7HARI 7KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangani
Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)i
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcarai
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesai
Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancongyang professionali
Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiarani
Shopping Compulsory: Chinese Medicine, Latex & Jewelryi
Tidak termasuk
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolahi
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porteri
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakani
Bayaran tambahan lebihan had bagasipenerbangani
Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuki
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Hotel Penginapan 3* Hotel:
Bandar
Bil. Malam
Changsha
1 Malam
Fenghuang
1 Malam
Zhangjiajie
3 Malam

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

7D5N LAND OF AVATAR ZHANGJIAJIE

DATESEASONFLIGHTADULTSINGLECWBCNBINFANT
6 NOV 2026🍁AUTUMNAK / ODRM 4,399RM 5,099RM 4,199RM 3,999RM 500
21 NOV 2026**🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199RM 500
2 DEC 2026**❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199RM 500
17 DEC 2026**❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199RM 500
25 DEC 2026**❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199RM 500
2 Jan 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
9 Jan 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
16 Jan 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
13 Mar 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
20 Mar 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
27 Mar 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
1 Apr 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
10 Apr 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
22 Apr 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
2 May 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
15 May 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
22 May 2027🌸 SPRINGAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
5 Jun 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
12 Jun 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
26 Jun 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
3 Jul 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
10 Jul 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
24 Jul 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
7 Aug 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
21 Aug 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
28 Aug 2027☀️ SUMMERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
4 Sep 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
18 Sep 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
25 Sep 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
2 Oct 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
16 Oct 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
23 Oct 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
6 Nov 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
13 Nov 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
27 Nov 2027🍁AUTUMNAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
4 Dec 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
11 Dec 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
18 Dec 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
25 Dec 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
30 Dec 2027❄️ WINTERAK / ODRM 4,699RM 5,299RM 4,399RM 4,199
Harga bermulaRM4,099
Saya berminat