Pakej Xian dan Lanzhou
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Xian dan Lanzhou

China

Tour highlights

Pengalaman menaiki kereta api laju membawa anda antara beberapa bandar China. Dari Xi’an dan Lanzhou, perjalanan berkembang ke Linxia, Wuwei serta Zhangye.

  • Dari Xi’an, naik bullet train untuk menyambung perjalanan ke Lanzhou.
  • Linxia, Wuwei dan Zhangye membuka laluan seterusnya sebelum kembali ke Xi’an dengan kereta api laju.
  • Pilihan perjalanan untuk anda yang mahu menerokai beberapa bandar dalam wilayah China yang berbeza.

Maklumat pakej

Tempoh7 hari · 5 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip26 Oct 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR – XI’AN
Setibanya anda di lapangan terbang, wakil kami akan menyambut ketibaan anda dan membantu dalam proses pemindahan ke hotel. Setelah itu daftar masuk dan berehat.
2HARI 2XI’AN - LANZHOU BULLET TRAIN

Makanan: MP/MT/MM

Selepas menikmati sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa untuk melawat Tapak Pahlawan Terracotta Maharaja Qin Shi Huang. Seterusnya, peserta akan dibawa ke bandar Lanzhou dengan menaiki kereta api laju kelas kedua yang selesa dan efisien.
Setibanya di Lanzhou, lawatan akan diteruskan ke Jalan ZhengNing, iaitu pasar malam yang terkenal dengan suasana meriah dan pelbagai pilihan makanan jalanan. Selepas makan malam di restoran lokal peserta akan dibawa ke hotel dan daftar masuk hotel.
3HARI 3LANZHOU - LINXIA - LANZHOU

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke bandar Linxia, dikenali sebagai “Mekah Kecil China”, untuk melawat kawasan bersejarah Lapan Lorong Tiga Belas Gang, penempatan masyarakat Muslim sejak Dinasti Qing. Kawasan ini menempatkan lapan buah masjid berdekatan, termasuk Masjid LaoHua yang tertua di Linxia. Seterusnya, nikmati pemandangan luar Teater Besar Linxia sebelum kembali ke bandar Lanzhou.
Setibanya di Lanzhou, aktiviti diteruskan dengan membeli-belah di Pasar XiaoXiHu, kemudian menunaikan solat di Masjid XiuHeYan. Hari anda akan diakhiri dengan makan malam istimewa halal hotpot yang popular di kawasan ini.
4HARI 4LANZHOU - WUWEI

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi, anda akan bertolak ke bandar WuWei untuk meneruskan lawatan. Di sana, anda akan melawat Kawasan Pelancongan Padang Pasir Tengger yang menakjubkan, di mana anda berpeluang merasai pengalaman menunggang unta merentasi padang pasir. Seterusnya, anda akan menunaikan solat di Masjid WuWei sebelum kembali berehat di hotel.
5HARI 5WUWEI - ZHANGYE

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi, anda akan bertolak ke Bandar Zhangye untuk melawat Taman Danxia, atau lebih dikenali sebagai Gunung Pelangi. Di sini, anda akan menikmati pemandangan bukit-bukit berwarna-warni yang unik dan memukau, dengan kemudahan bas ulang-alik disediakan. Seterusnya, anda akan menunaikan solat di Masjid Zhangye sebelum meneruskan perjalanan.
6HARI 6ZHANGYE - XIAN BULLET TRAIN

Makanan: MP/MT/MM

Selepas sarapan pagi, anda akan menaiki kereta api laju kelas kedua untuk kembali ke bandar Xi’an. Setibanya di sana, lawatan akan diteruskan ke Dataran Menara Loceng & Gendang serta Jalan Muslim yang terkenal dengan suasana dan makanan tempatan. Seterusnya, anda akan menunaikan solat di Masjid Besar Xi’an. Selepas makan malam, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
7HARI 7XI’AN - KUALA LUMPUR
Peserta akan bertolak balik dari Lapangan Terbang Xi'an Xianyang dan selamat tiba di KLIA2.
** Itinerary may amend by local guide with or without prior notice due to unforeseen circumstances

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan pergi dan balik kelas Ekonomi beserta elaun bagasi
Tour guide dari Malaysia
Tipping pemandu dan pemandu pelancong
Penginapan 5 malam berasaskan perkongsian dua orang sebilik termasuk sarapan pagi harian.
10 Hidangan HALAL seperti yang disenaraikan, dengan standard harga
Bas 37 tempat duduk
Bayaran masuk ke lokasi lawatan,
Pemandu pelancong lokal berbahasa Inggeris.
Sebotol air mineral tempatan setiap hari.
Tiket kereta api laju kelas kedua dari Xi’an ke Lanzhou dan dari ZhangYe ke Xi’an
Tidak termasuk
Makanan didalam kapal terbang
Tempat lawatan yang tidak termasuk didalam aturcara
Sebarang Visa (jika diperlukan)
Insurance perjalanan
Perbelanjaan persendirian
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
**Peak Season Surcharge RM300 (Jika Ada)
Tour Main Attraction
Pergi tempat wajib lawatan
Tiket Kereta Api laju kelas 2 – Xi`an – Lanxhou dan ZhangYe – Xi`an
Tiada tempat wajib membeli belah.
Sudah termasuk semua tipping dan servis.

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

7D5N Xian + Lanzhou

Travel DateSeasonFlightTwin/TripleSingleChild with bedChild no bedInfants
26 Oct 2026🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,890RM 4,790RM 500
2 Nov 2026🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,890RM 4,790RM 500
16 Nov 2026🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,890RM 4,790RM 500
23 Nov 2026🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,890RM 4,790RM 500
7 Dec 2026❄️ WINTERD7/GJRM 5,290RM 5,790RM 5,190RM 5,090RM 500
14 Dec 2026❄️ WINTERD7/GJRM 5,290RM 5,790RM 5,190RM 5,090RM 500
21 Dec 2026❄️ WINTERD7/GJRM 5,290RM 5,790RM 5,190RM 5,090RM 500
2 Jan 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
9 Jan 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
16 Jan 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
13 Mar 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
20 Mar 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
27 Mar 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
1 Apr 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
10 Apr 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
22 Apr 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
2 May 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
15 May 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
22 May 2027🌸 SPRINGD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
5 Jun 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
12 Jun 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
26 Jun 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
3 Jul 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
10 Jul 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
24 Jul 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
7 Aug 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
21 Aug 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
28 Aug 2027☀️ SUMMERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
4 Sep 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
18 Sep 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
25 Sep 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
2 Oct 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
16 Oct 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
23 Oct 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
6 Nov 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
13 Nov 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
27 Nov 2027🍁AUTUMND7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
4 Dec 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
11 Dec 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
18 Dec 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
25 Dec 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
30 Dec 2027❄️ WINTERD7/GJRM 4,990RM 5,490RM 4,790RM 4,690
Harga bermulaRM4,990
Saya berminat