Pakej New Zealand
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej New Zealand

New Zealand

Tour highlights

Kenali kedua-dua pulau New Zealand melalui bandar dan persinggahan alam. Perjalanan bergerak dari Auckland ke rangkaian destinasi Pulau Selatan sebelum kembali pulang.

Rotorua dan Matamata mengisi bahagian Pulau Utara, sebelum perjalanan beralih ke Christchurch, Dunedin serta Te Anau. Milford Sound, Queenstown dan Wanaka menjadi antara tumpuan Pulau Selatan. Sebelas hari yang memberi ruang menikmati kedua-dua bahagian New Zealand.

Maklumat pakej

Tempoh11 hari · 9 malam
Jenis percutianGroup Tour

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KLIA - AUCKLAND
KLIA - AUCKLAND
Pengembaraan anda bermula dari KLIA, menaiki penerbangan ke bandar pelabuhan indah Auckland di New Zealand. Dikenali sebagai “City of Sails”, Auckland dikelilingi oleh lautan dan pelabuhan yang aktif. Di sinilah langkah pertama anda di bumi Aotearoa bermula.
2HARI 2AUCKLAND - TAUPO - ROTORUA
AUCKLAND - TAUPO - ROTORUA
Sebaik tiba, anda meneruskan perjalanan ke Huka Falls, air terjun yang mempamerkan kekuatan sungai Waikato. Airnya yang biru jernih mengalir deras melalui celah batu-batuan sempit. Seterusnya, anda dibawa ke Lake Taupo, tasik terbesar di New Zealand yang terbentuk daripada letusan gunung berapi kira-kira 26,500 tahun lalu. Anda turut berkunjung ke Taupo Islamic Centre untuk mengenali komuniti Muslim setempat, sebelum bergerak ke Rotorua, bandar yang terkenal dengan aktiviti geoterma dan warisan budaya Māori.
3HARI 3ROTORUA - MATAMATA - AUCKLAND
ROTORUA - MATAMATA - AUCKLAND
Hari anda bermula dengan lawatan ke Maori Village (optional) atau Geothermal Park – sama ada mengenali budaya dan tradisi komuniti Māori atau melihat fenomena semula jadi seperti geyser dan kolam lumpur panas. Di Government Gardens, anda menikmati landskap indah taman kolonial yang terletak di tengah kota Rotorua. Perjalanan diteruskan ke Matamata untuk menyertai Hobbiton Movie Set Tour, di mana dunia fantasi dari filem "The Lord of the Rings" dan "The Hobbit" (optional). Petang itu, anda kembali ke Auckland.
4HARI 4AUCKLAND - CHRISTCHURCH - OAMARU - DUNEDIN
AUCKLAND - CHRISTCHURCH - OAMARU - DUNEDIN
Pagi ini, anda terbang ke Christchurch dan memulakan perjalanan darat ke Oamaru. Di sini, anda melawat Victorian Precinct, kawasan bersejarah dengan bangunan batu kapur zaman Victoria. Oamaru Harbor dan Lookout Point menawarkan pemandangan laut yang menenangkan. Anda berkunjung ke Oamaru Islamic Centre dan menikmati hidangan makanan laut di Crayfish Café. Menjelang petang, anda tiba di Dunedin, bandar yang dibina oleh peneroka Scotland dan terkenal dengan seni bina kolonialnya.
5HARI 5DUNEDIN - TE ANAU
DUNEDIN - TE ANAU
Sebelum meninggalkan Dunedin, anda berkunjung ke Dunedin Railway Station, stesen kereta api yang terkenal dengan seni bina Edwardian Baroque dan dianggap antara bangunan paling banyak difotografi di New Zealand. Anda juga singgah di Baldwin Street, jalan kediaman paling curam di dunia, yang menjadi daya tarikan pelancong kerana keunikannya. Dalam perjalanan ke Te Anau, anda berhenti di Lake Waihola, lokasi santai untuk menikmati fish and chips di tepi tasik. Tiba di Te Anau, anda bersantai di Lake Front, menikmati pemandangan tenang yang menghadap ke arah Fiordland National Park, salah satu warisan semula jadi New Zealand.
6HARI 6TE ANAU - MILFORD SOUND - QUEENSTOWN
TE ANAU - MILFORD SOUND - QUEENSTOWN
Hari ini penuh dengan keajaiban alam. Anda berhenti di Mirror Lake, di mana airnya yang tenang mencerminkan pergunungan di sekeliling. Kemudian, merentasi Eglinton alley, Knob Flats, dan Monkey Creek, kawasan semula jadi yang memukau. Di Milford Sound, anda menaiki pelayaran menyusuri fjord (optional) yang disifatkan sebagai “keajaiban dunia kelapan”. Dalam perjalanan
ke Queenstown, anda singgah di Devils Staircase Lookout, yang menyajikan panorama dramatik Lake Wakatipu.
7HARI 7QUEENSTOWN
QUEENSTOWN
Anda memulakan hari dengan aktiviti menyeronokkan menaiki Gondola dan Luge (optional) kemudian berjalan-jalan di Lake Front sambil membeli cenderamata tempatan. Anda menikmati hidangan tengah hari di Eric’s Fish and Chips, sebelum singgah di Queenstown Islamic Centre untuk menunaikan solat. Malam anda diserikan dengan makan malam lazat di Pedro’s House of Lamb, terkenal dengan masakan kambing bakar.
8HARI 8QUEENSTOWN - WANAKA
QUEENSTOWN - WANAKA
Perjalanan hari ini membawa anda ke Arrowtown, sebuah perkampungan emas lama yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik. Di Wanaka, anda menyaksikan Lonely Tree, pokok tunggal yang ikonik di tasik. Anda menikmati keindahan Lake Wanaka, dan berpeluang mencuba aktiviti menarik seperti helicopter ride, jetboat (optional), melawat Puzzling World, dan merasai pengalaman memancing salmon di Hook Wanaka.
9HARI 9WANAKA - TWIZEL - CHRISTCHURCH
WANAKA - TWIZEL - CHRISTCHURCH
Anda melalui Lindis Pass, kawasan berbukit yang menawan sebelum menikmati makan tengah hari di High-Country Salmon Farm. Kemudian, singgah di Lake Pukaki, tasik berwarna biru susu yang menawarkan pemandangan Gunung Cook. Di Lake Tekapo, anda berkunjung ke Church of the Good Shepherd, gereja kecil yang dibina pada tahun 1935 sebagai penghormatan kepada perintis awal. Sebelum tiba di Christchurch, anda singgah di The Farm Shop dan Cookie Time Factory.
10HARI 10CHRISTCHURCH
CHRISTCHURCH
Anda menaiki Tram (optional) untuk melihat bandar Christchurch dari sudut klasik. Di Canterbury Botanic Gardens, anda menyusuri taman-taman bunga dan pokok berusia ratusan tahun. Anda juga berpeluang mencuba Punting on the Avon River (optional), menaiki bot dayung ala Eropah. Di Masjid An-Nur, anda menziarahi tempat bersejarah tragedi 15 Mac 2019 yang menyatukan rakyat New Zealand. Petang anda diteruskan dengan kunjungan ke Alpaca Farm (optional), membeli-belah di All Black Outlet dan Canterbury Outlet.
11HARI 11CHRISTCHURCH - AUCKLAND - KUALA LUMPUR
CHRISTCHURCH - AUCKLAND - KUALA LUMPUR
Hari terakhir tiba. Anda daftar keluar dari hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch. Dengan hati yang penuh kenangan, anda menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, membawa pulang kisah indah dari bumi New Zealand yang tidak akan anda lupakan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Antarabangsa pergi dan balik
Elaun bagasi 25 -30 kg (bergantung kepada airline)
Tiket domestik (AKL – CHC – AKL)
Penginapan (Hotel/Motel dengan bilik air peribadi)
Airport transfer
Pengangkutan + minyak + parking
Pemandu pelancong melayu
Tour Leader dari Malaysia
Tidak termasuk
Tip guide dan pemandu (RM300)
Makanan bayaran masuk tempat lawatan
Insurans (pilihan)
Visa (jika ada)
Aktiviti tambahan :-
Milford Sound ,Hobbiton ,Maori village + Haka, Tram, Alpaca Farm, Gondola + 3 Luge , Helicopter ride (landing on moutain), Punting on the Avon River, Jetboat.
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM300 per person)
**Peak Season Surcharge RM500

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

Hubungi kami untuk pilihan tarikh dan harga terkini.

Harga bermulaRM14,799
Saya berminat