Pakej Korea
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Korea

South Korea

Tour highlights

Hari di pulau, keseronokan Everland dan pengalaman budaya Seoul menjadikan trip Korea ini penuh variasi. Sesuai untuk anda yang suka mencuba beberapa jenis aktiviti.

  • Nami Island dan rail bike untuk hari yang aktif; Everland untuk keseronokan taman tema.
  • Cuba pengalaman kimchi dan Hanbok, kemudian kenali Seoul melalui Gyeongbokgung, COEX serta Seoul Tower.
  • Myeongdong dan Namdaemun turut ada untuk anda yang suka selitkan shopping dalam trip.

Maklumat pakej

Tempoh6 hari · 4 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip10 Oct 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KETIBAAN – PULAU NAMI – RAIL BIKE – PASAR DONGDAEMUN (MOB)

Makanan: MOB

KETIBAAN – PULAU NAMI – RAIL BIKE – PASAR DONGDAEMUN (MOB)
Setibanya anda di Lapangan Terbang Incheon, wakil kami akan menyambut mesra dan membawa anda ke Pulau Nami, terkenal dengan pemandangan romantik dan lokasi drama “Winter Sonata”. Anda menikmati pelayaran tasik dan berjalan santai di laluan pokok. Selepas makan tengah hari di restoran BBQ Ayam Halal, anda akan menaiki Gangchon Rail Bike atau Samcheok Ocean Rail Bike, sambil menghayati keindahan alam Korea. Seterusnya, masa bebas membeli-belah di Pasar Dongdaemun, pusat barangan fesyen dan aksesori terkini. Makan malam disediakan di restoran Muslim, sebelum daftar masuk hotel dan berehat untuk hari esok yang penuh dengan keseronokan
2HARI 2TAMAN TEMA EVERLAND - HONGDAE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

TAMAN TEMA EVERLAND - HONGDAE (MP/MT/MM)
Hari bermula dengan sarapan pagi di hotel sebelum anda dibawa ke Everland Theme Park, taman hiburan terkenal yang sesuai untuk semua peringkat umur. Anda juga boleh memilih untuk ke Lotte World tanpa caj tambahan. Nikmati pelbagai tarikan seperti roller coaster, Safari World dan pertunjukan menarik. Anda juga akan dibawa ke kawasan Hongdae Picasso Street dan Busking Street untuk melihat seni jalanan
3HARI 3ISTANA GYEONGBOK – KIMCHI – HANBOK – COEX MALL (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ISTANA GYEONGBOK – KIMCHI – HANBOK – COEX MALL (MP/MT/MM)
Lawatan dimulakan dengan ke Istana Gyeongbok, Muzium Rakyat Kebangsaan, dan Rumah Biru Presiden. Anda berpeluang menyertai sesi membuat kimchi, melawat Muzium Rumpai Laut dan mencuba Hanbok (pakaian tradisional Korea). Seterusnya, membeli-belah di Pusat Ginseng atau Kilang Amethyst. Anda juga akan melawat Masjid Seoul dan kawasan popular Itaewon, tumpuan komuniti Muslim di Korea. Sebelum hari berakhir, lawatan diteruskan ke COEX Mall, pusat beli-belah terbesar di Seoul yang menempatkan Perpustakaan Starfield. Makan tengah hari dan malam disediakan di Restoran Muslim, termasuk hidangan Bulgogi halal yang terkenal.
4HARI 4SEOUL TOWER – MYEONGDONG – NAMDAEMUN (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SEOUL TOWER – MYEONGDONG – NAMDAEMUN (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Seoul N Tower dan Love Lock Wall menaiki bas EV (tidak termasuk tiket dek pemerhatian). Hari ini khusus untuk membeli-belah, termasuk di Pine Tee Center, kedai kosmetik bebas cukai dan pusat beli-belah mewah Shinsegae Duty Free. Anda juga berpeluang meneroka Pasar Namdaemun dan Myeongdong Street, lokasi popular denganpelbagai produk kecantikan dan fesyen Korea. Makan tengah hari dengan hidangan Seafood Hotpot, dan makan malam di restoran Muslim.
5HARI 5BERLEPAS KE LAPANGAN TERBANG INCHEON (MOB)

Makanan: MOB

BERLEPAS KE LAPANGAN TERBANG INCHEON (MOB)
Hari terakhir anda di Korea bermula dengan sarapan pagi di hotel. Sebelum berangkat, anda dibawa ke kedai produk khas Korea bebas cukai untuk membeli cenderahati. Setelah selesai, anda dihantar ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke tanah air. Perjalanan selama 5 hari ini pastinya meninggalkan kenangan manis dengan gabungan tarikan semula jadi, budaya, makanan halal dan pengalaman membeli-belah yang mengujakan di Korea Selatan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20 kg
Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual
MP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM: Makan Malam
Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan
Perkhidmatan ketua rombongan professional
Tidak termasuk
Travel & Covid-19 Insurans
Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
Aktiviti pilihan
Yuran visa K-ETA (RM70/pax)
Tipping untuk guide dan driver (RM150)
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

6D4N South Korea - Nami Island + Everland

Travel DateSEASONFlightsTwin/ TripleSingleChild with bedChild no bedInfants
10 OCT 2026🍁AUTUMNAK /MHRM 4,690RM 5,190RM 4,490RM 4,290RM 600
23 OCT 2026🍁AUTUMNAK /MHRM 4,690RM 5,190RM 4,490RM 4,290RM 600
6 NOV 2026🍁AUTUMNAK /MHRM 4,890RM 5,590RM 4,499RM 4,290RM 600
23 NOV 2026🍁AUTUMNAK /MHRM 4,890RM 5,590RM 4,499RM 4,290RM 600
Harga bermulaRM3,390
Saya berminat