Pakej ke New Zealand
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej ke New Zealand

New Zealand

Tour highlights

Tasik, bandar dan persinggahan alam menyambung cerita dari Auckland ke Queenstown. Laluan ini membawa anda merasai bahagian Pulau Utara serta beberapa kawasan Pulau Selatan.

Dari Auckland, Hamilton dan Matamata, perjalanan diteruskan ke Christchurch sebelum menjelajah Pulau Selatan. Tekapo, Pukaki dan Wanaka mengisi bahagian berpemandangan, diikuti Milford Sound serta Queenstown. Glenorchy menambah satu lagi persinggahan dalam laluan sembilan hari ini.

Maklumat pakej

Tempoh9 hari · 7 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip2 Jan 2027

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KLIA - AUCKLAND (MOB)

Makanan: MOB

KLIA - AUCKLAND (MOB)
Berkumpul di KLIA untuk urusan pendaftaran dan daftar masuk penerbangan. Anda akan berlepas menuju ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan antarabangsa. Nikmati perjalanan udara sambil bersedia untuk memulakan kembara indah di bumi New Zealand.
2HARI 2AUCKLAND - HAMILTON (MP)

Makanan: MP

AUCKLAND - HAMILTON (MP)
Setibanya di Lapangan Terbang Auckland, selesai urusan imigresen dan kastam, anda akan memulakan lawatan bandar Auckland. Lawatan merangkumi Auckland Sky Tower, Sky Park serta kawasan pesisir bandar yang terkenal dengan pemandangan pelabuhan yang indah. Selepas itu, perjalanan diteruskan menuju ke Hamilton untuk lawatan ringkas sekitar pusat bandar sebelum membeli cenderamata dan daftar masuk hotel untuk bermalam di Hamilton.
3HARI 3HAMILTON - MATAMATA - AUCKLAND (MP)

Makanan: MP

HAMILTON - MATAMATA - AUCKLAND (MP)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan menuju ke Rotorua untuk melawat Agrodome, sebuah ladang terkenal yang memperkenalkan kehidupan pertanian dan penternakan di New Zealand. Seterusnya singgah di Rotorua Lake untuk menikmati pemandangan tasik dan berjalan di Boardwalk yang baru dibuka. Dalam perjalanan pulang, anda akan singgah di Matamata (Hobbiton) untuk bergambar dan membeli cenderamata sebelum kembali ke Auckland untuk bermalam.
4HARI 4AUCKLAND - CHRISTCHURCH (MP)

Makanan: MP

AUCKLAND - CHRISTCHURCH (MP)
Selepas sarapan, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Auckland untuk penerbangan domestik ke Christchurch. Setibanya di sana, anda akan dibawa ke Bush Inn Centre untuk makan tengah hari dan membeli barangan ringan seperti coklat, minuman serta buah-buahan. Lawatan diteruskan ke Botanic Garden, taman seluas 21 hektar yang terletak bersebelahan Avon River dan Hagley Park. Seterusnya melawat Canterbury Museum bagi mengenali sejarah dan budaya New Zealand. Anda juga akan singgah di Masjid Annur sebelum daftar masuk hotel.
5HARI 5CHRISTCHURCH – TEKAPO – PUKAKI– TWIZEL – WANAKA (MP)

Makanan: MP

CHRISTCHURCH – TEKAPO – PUKAKI– TWIZEL – WANAKA (MP)
Perjalanan dimulakan menuju ke Twizel, sambil menikmati pemandangan ladang ternakan biri-biri dan lembu yang luas. Anda akan singgah di Lake Tekapo dan Lake Pukaki, tasik terkenal dengan air berwarna turquoise yang berlatarbelakangkan Gunung Mt. Cook, gunung tertinggi di New Zealand. Singgah juga di High Country Salmon Farm untuk melihat penternakan salmon serta mencuba pelbagai produk salmon. Seterusnya melalui Lindis Pass, kawasan savana yang dikelilingi gunung ganang sebelum meneruskan perjalanan ke Wanaka untuk bermalam.
6HARI 6WANAKA – CROMWELL – KINGSTON– TE ANAU (MP)

Makanan: MP

WANAKA – CROMWELL – KINGSTON– TE ANAU (MP)
Pada waktu pagi, singgah di Lake Wanaka, tasik keempat terbesar di New Zealand yang terkenal dengan ikon Lonely Tree serta pernah muncul dalam filem Mission Impossible III. Perjalanan diteruskan ke Cromwell, bandar yang terkenal dengan hasil buah-buahan segar dan aiskrim buahnya. Seterusnya perjalanan menuju ke Taman Negara Fiordland sebelum tiba di Te Anau, sebuah bandar kecil yang menjadi pintu masuk ke Milford Sound untuk bermalam.
7HARI 7TE ANAU - MILLFORD SOUND – QUEENSTOWN (MP)

Makanan: MP

TE ANAU - MILLFORD SOUND – QUEENSTOWN (MP)
Seawal pagi anda akan bertolak ke Milford Sound, melalui Homer Tunnel dengan pemandangangunung dan air terjun yang sangat menakjubkan. Singgah di Mirror Lake, tasik yang terkenal dengan pantulan airnya seperti cermin. Setibanya di Milford Sound, anda akan menaiki Milford Sound Cruise selama kira- kira dua jam untuk menikmati pemandangan fjord yang menakjubkan dengan air terjun setinggi 151 meter dan gunung setinggi 1300 meter. Anda juga berpeluang melihat ikan dolphin berenang berhampiran kapal. Selepas lawatan, perjalanan diteruskan ke Queenstown untuk bermalam.
8HARI 8QUEENSTOWN – GLENORCHY (MP)

Makanan: MP

QUEENSTOWN – GLENORCHY (MP)
Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat Glenorchy, sebuah kawasan yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem Lord of the Rings. Nikmati pemandangan gunung, tasik dan dataran berkabus yang sangat indah. Selepas itu kembali ke Queenstown, di mana anda mempunyai masa bebas untuk membeli- belah atau mencuba aktiviti menarik seperti gondola ride, cable car, atau bungee jump (aktiviti pilihan). Bermalam di Queenstown.
9HARI 9QUEENSTOWN - AUCKLAND (MP)

Makanan: MP

QUEENSTOWN - AUCKLAND (MP)
Selepas sarapan, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Queenstown untuk penerbangan domestik kembali ke Auckland. Setibanya di sana, anda akan dipindahkan ke terminal penerbangan antarabangsa untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan antarabangsa pergi dan balik bersama
elaun bagasi
Tiket penerbangan domestik : Auckland – Christchurch, Queenstown – Auckland
Penginapan hotel sepanjang pakej
Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan
Makanan pagi dan makan malam halal
Tiket masuk ke tempat lawatan yang dinyatakan dalam
jadual perjalanan
Tour guide berbahasa Melayu
Tour guide dari Malaysia yang berpengalaman
Tidak termasuk
Perbelanjaan peribadi dan aktiviti tambahan (optional tour)
Insurans perjalanan
Tipping pemandu pelancong dan pemandu bas (RM150)
ETA Visa fee (RM300)
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM300 per person)
**Peak Season Surcharge RM500

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

9D7N North & South New Zealand (The Hobbit)

Travel DateSeasonFlightsAdult TwinSingleChild with bedChild no bed
2 Jan 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
9 Jan 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
16 Jan 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
13 Mar 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
20 Mar 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
27 Mar 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
1 Apr 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
10 Apr 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
22 Apr 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
2 May 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
15 May 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
22 May 2027🍁AUTUMNMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
5 Jun 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
12 Jun 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
26 Jun 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
3 Jul 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
10 Jul 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
24 Jul 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
7 Aug 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
21 Aug 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
28 Aug 2027❄️ WINTERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
4 Sep 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
18 Sep 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
25 Sep 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
2 Oct 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
16 Oct 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
23 Oct 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
6 Nov 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
13 Nov 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
27 Nov 2027🌸 SPRINGMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
4 Dec 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
11 Dec 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
18 Dec 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
25 Dec 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
30 Dec 2027☀️ SUMMERMH/D7RM 15,990RM 16,990RM 15,790RM 15,490
Harga bermulaRM13,999
Saya berminat