Pakej ke Balkan (Ski Resort)
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej ke Balkan (Ski Resort)

Croatia · Montenegro · Serbia

Tour highlights

Balkan dengan sentuhan ski resort pada penghujung perjalanan. Sebelum tiba di Sarajevo, laluan membawa anda melalui bandar, kawasan tasik dan pesisir.

  • Bermula di Skopje, jelajah Ohrid, Tirana dan Shkoder sebelum bergerak ke Budva serta Kotor.
  • Mostar dan Sarajevo mengisi bahagian akhir perjalanan.
  • Persinggahan ski resort di sekitar Sarajevo memberi kelainan pada laluan Balkan ini.

Maklumat pakej

Tempoh8 hari · 6 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip8 Dec 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KETIBAAN DI SKOPJE(MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

KETIBAAN DI SKOPJE(MP/MT/MM)
Setibanya di Lapangan Terbang Skopje, andaakan disambut oleh pemandu pelancong sebelum memulakan lawatan bandar Skopje yang merangkumi Stone Bridge, Macedonia Square, Daut Pasha Hammam, Mustafa-Pasha Mosque serta kawasan membeli-belah terkenal Old Bazaar. Anda juga berpeluang melihat Old Railway Station, salah satu bangunan bersejarah di bandar ini. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Skopje.
2HARI 2SKOPJE - OHRID (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SKOPJE - OHRID (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke Matka Canyon, kawasan semula jadi yang terkenal dengan pemandangan tebing batu dan tasik yang indah. Anda boleh menikmati masa bergambar atau berehat di kafe sekitar kawasan tersebut. Lawatan kemudian diteruskan ke bandar bersejarah Ohrid untuk lawatan bandar termasuk Old Bazaar of Ohrid, Ali Pasha Mosque, Old Chinar Tree, Pearl Shop dan Zeynel Abedin Pasha Tekke, serta singgah bergambar di Lake Ohrid. Makan malam disediakan sebelum bermalam di Ohrid.
3HARI 3OHRID-TIRANA-SHKODER (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

OHRID-TIRANA-SHKODER (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, perjalanan diteruskan ke ibu kota Albania iaitu Tirana untuk lawatan bandar yang merangkumi Skanderbeg Square,Et'hem Bey Mosque dan Clock Tower. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke bandar Shkoder Old Town untuk melawat Lead Mosque, salah satu masjid bersejarah di Albania. Makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Shkoder.
4HARI 4SHKODER-BUDVA-KOTOR-TREBINJE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SHKODER-BUDVA-KOTOR-TREBINJE (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan menuju ke Montenegro dan singgah di Sveti Stefan Island, sebuah pulau resort mewah yang terkenal dengan pemandangan yang memukau. Lawatan bandar Budva merangkumi Budva Old Town, Citadela, Mogren Beach, St. John’s Church dan Slovenska Plaza Beach. Lawatan diteruskan ke bandar bersejarah Kotor Old Town termasuk St. Tryphon’s Cathedral, Clock Tower, Kotor City Walls dan Square of Arms. Makan malam disediakan sebelum bermalam di Trebinje
5HARI 5TREBINJE-DUBROVNIK-BLAGAJ-MOSTAR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

TREBINJE-DUBROVNIK-BLAGAJ-MOSTAR (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan menuju ke bandar bersejarah Dubrovnik untuk sesi bergambar di mercu tanda terkenal seperti Orlando’s Column, Clock Tower, Franciscan Monastery dan Rector’s Palace. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Blagaj Tekke, sebuah biara Dervish yang terletak di kaki tebing batu berhampiran mata air sungai. Lawatan diteruskan ke bandar Mostar sebelum makan malam dan bermalam di Mostar.
6HARI 6MOSTAR-SARAJEVO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

MOSTAR-SARAJEVO (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan melawat bandar Mostar termasuk mercu tanda terkenal Stari Most (Old Bridge), Old Bazaar dan Koski Mehmed Pasha Mosque. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke bandar Konjic sebelum tiba di ibu kota Bosnia iaitu Sarajevo. Makan malam disediakan sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Sarajevo.
7HARI 7SARAJEVO & SKI RESORT (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SARAJEVO & SKI RESORT (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda akan menikmati lawatan bandar Sarajevo termasuk kawasan bersejarah Bascarsija Old Bazaar, Gazi Husrev-beg Mosque, Brusa Bezistan, Latin Bridge serta Sarajvo City Hall (Vijecnica). Lawatan kemudian diteruskan ke Igman Olympic Mountain, lokasi bersejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk, serta berhenti bergambar di Bjelasnica Mountain. Anda akan bermalam di kawasan resort ski di Sarajevo.
8HARI 8SARAJEVO-PULANG (MP/MOB)

Makanan: MP/MOB

SARAJEVO-PULANG (MP/MOB)
Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat Vrelo Bosne, sumber mata air Sungai Bosna yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Anda juga akan melawat War Tunnel (Tunel of Hope), laluan penting yang dibina semasa Perang Bosnia untuk membawa bekalan ke bandar Sarajevo. Selepas lawatan selesai, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dengan kenangan indah dari Balkan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan antarabangsa serta cukai lapangan terbang beserta elaun bagasi 20-30 kg
Penginapan hotel termasuk sarapan pagi setiap hari
Makan Tengah hari dan makan malam halal seperti dalam aturcara perjalanan
Bas pelancong long distance coach sepanjang perjalanan
Tiket masuk tempat lawatan
Tour guide professional
Tour leader dari Malaysia yang berpengalaman
Tidak termasuk
Semua perbelanjaan peribadi dan apa-apa perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan di atas
Tip untuk pemandu pelancong & pemandu (RM200)
Insurans perjalanan
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM 300 per person)
Peak Season Surcharge

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

RESORT PEARL OF BALKAN SKI RESORT 8H6m

Travel DateSeasonFlightsTwin/ TripleSingleChild with bedChild no bedInfants
08 Dec 2026❄️ WINTEREK/TKRM 8,990RM 9,990RM 8,790RM 8,690RM 1,800
26 Dec 2026❄️ WINTEREK/TKRM 8,990RM 9,990RM 8,790RM 8,690RM 1,800
Harga bermulaRM8,990
Saya berminat