Pakej Eastern Europe (Slovenia, Croatia & Vienna)
Kembali ke semua pakej
Self Drive

Pakej Eastern Europe (Slovenia, Croatia & Vienna)

Croatia · Slovenia

Tour highlights

Tasik, kawasan taman negara dan pesisir Adriatik memberi banyak perubahan pemandangan. Bandar-bandar sepanjang laluan menyambungkan perjalanan dari Slovenia hingga Vienna.

  • Lake Bled dan Plitvice memberi ruang menikmati alam sebelum anda tiba di Split, di pesisir Adriatik.
  • Zagreb dan Graz menyambungkan perjalanan ke Vienna.
  • Lawatan Dubrovnik ialah pilihan dalam itinerary, bukannya persinggahan wajib.

Maklumat pakej

Tempoh9 hari · 7 malam
Jenis percutianSelf Drive
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip12 Dec 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KETIBAAN DI LJUBLJANA – PENEROKAAN BANDAR
KETIBAAN DI LJUBLJANA – PENEROKAAN BANDAR
Setibanya di Lapangan Terbang Ljubljana, ambil kereta sewa dan terus ke hotel untuk daftar masuk. Mulakan penerokaan ibu negara Slovenia dengan berjalan santai di Old Town, melintasi Triple Bridge di Prešeren Square, sebelum menaiki funikular ke Ljubljana Castle untuk menikmati pemandangan panorama bandar. Luangkan masa bersantai di kawasan tepi sungai yang dipenuhi kafe-kafe selesa, sambil menikmati suasana bandar yang tenang. Bermalam di Ljubljana.
2HARI 2LJUBLJANA - LAKE BLED - LJUBLJANA
LJUBLJANA - LAKE BLED - LJUBLJANA
Selepas sarapan, memandu ke Lake Bled yang terkenal dengan pemandangan bak poskad. Nikmati berjalan santai mengelilingi tasik yang dikelilingi landskap alpine. Tetamu boleh memilih menaiki bot tradisional Pletna ke Bled Island atau melawat Bled Castle untuk pemandangan tasik yang menakjubkan dari atas. Jangan lepaskan peluang merasai kek krim terkenal Bled Cream Cake sebelum kembali ke Ljubljana pada waktu petang. Bermalam di Ljubljana.
3HARI 3LJUBLJANA - PLITVICE LAKES NATIONAL PARK
LJUBLJANA - PLITVICE LAKES NATIONAL PARK
Bertolak dari Ljubljana pada waktu pagi dan memandu merentasi sempadan ke Croatia menuju Plitvice Lakes National Park. Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini melalui laluan papan kayu yang indah, menerokai Upper Lakes dan Lower Lakes, singgah di sudut air terjun yang dramatik, serta menikmati perjalanan bot elektrik di dalam taman negara. Bermalam berhampiran Plitvice.
4HARI 4PLITVICE - SPLIT (PANTAI ADRIATIK)
PLITVICE - SPLIT (PANTAI ADRIATIK)
Selepas sarapan, teruskan perjalanan ke selatan menuju bandar pesisir Split. Setibanya, terokai Diocletian’s Palace, bersiar-siar di Old Town, dan menikmati berjalan santai di Riva Seaside Promenade. Akhiri hari dengan menyaksikan matahari terbenam di Laut Adriatik, mencipta pengalaman pantai yang sempurna. Bermalam di Split.
5HARI 5SPLIT - PILIHAN LAWATAN DUBROVNIK - SPLIT
SPLIT - PILIHAN LAWATAN DUBROVNIK - SPLIT
Hari ini, tetamu boleh memilih lawatan sehari penuh ke bandar bersejarah Dubrovnik, yang dikenali sebagai “Pearl of the Adriatic”, atau menikmati hari santai di sekitar Split. Aktiviti pilihan termasuk feri ke Hvar Island atau Brač Island, lawatan bot ke Blue Cave, bersantai di Bačvice Beach, atau melawat Klis Fortress untuk pemandangan pantai yang panoramik. Kembali ke Split pada waktu malam. Bermalam di Split.
6HARI 6SPLIT - ZAGREB
SPLIT - ZAGREB
Bertolak dari Split menuju ke ibu negara Croatia, Zagreb. Setibanya, terokai Upper Town (Gradec), lawati St. Mark’s Church yang berwarna-warni, kagumi Zagreb Cathedral, dan bersiar-siar di Ban Jelačić Square, pusat bandar yang meriah. Waktu malam bebas. Bermalam di Zagreb.
7HARI 7ZAGREB-GRAZ-VIENNA
ZAGREB-GRAZ-VIENNA
Selepas sarapan, memandu ke bandar elegan Austria, Graz, untuk makan tengah hari dan berjalan singkat di Old Town sambil mengagumi seni bina Renaissance dan Baroque. Perjalanan diteruskan ke Vienna pada waktu petang. Nikmati pemanduan di sepanjang Ringstrasse, diikuti lawatan ke St. Stephen’s Cathedral dan menikmati pemandangan bandar Vienna pada waktu malam. Bermalam di Vienna.
8HARI 8VIENNA – PENEROKAAN BANDAR IMPERIAL
VIENNA – PENEROKAAN BANDAR IMPERIAL
Luangkan hari menerokai warisan empayar Vienna, bermula dengan Schönbrunn Palace, diikuti Hofburg Palace, Belvedere Palace, dan Vienna State Opera. Akhiri hari dengan membeli belah dan bersantai di kafe sepanjang Kärntner Strasse, antara jalan beli-belah paling terkenal di Vienna. Bermalam di Vienna.
9HARI 9VIENNA – BERLEPAS
VIENNA – BERLEPAS
Selepas sarapan, masa bebas untuk membeli belah saat akhir atau lawatan ringan sebelum ke Lapangan Terbang Vienna. Pulangkan kereta sewa dan berlepas pulang, menandakan tamatnya perjalanan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan antarabangsa kelas ekonomi pergi & balik + elaun bagasi + cukai
Penginapan selama 7 malam di hotel 3 – 4 bintang
Insurans Perjalanan
Tour Leader (TL) dari Malaysia
Permohonan UK ETA
Tidak termasuk
Kereta sewa semasa lawatan + minyak + parkir + tol
Makanan
Lawatan pilihan (Optional Tours)
Lawatan atau aktiviti yang tidak dinyatakan dalam itinerari
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

9d7n Eastern Europe Self Drive

Travel DateSeasonFlightTwinSingleChild with bedChild no bedInfants
12 Dec 2026❄️ WINTERTK/EKRM 9,190RM 11,090RM 8,490RM 6,890RM 1,500
Harga bermulaRM8,690
Saya berminat